Backround

Tuesday, June 29, 2010


Sommerfest


Pada 18 Jun 2010 (khamis) sekolah saya menganjurkan sommerfest bertempat di sekolah iaitu Grunschule Auf Dem Loh. Ibu menyediakan 2 biji kek coklat kukus pada hari tersebut di mana kami hanya membawa satu kek sahaja ke sekolah untuk makan di Sommerfest.
Aktiviti bermula jam 15.30 Uhr (3.30 petang) di mana dimulai aktiviti minum petang dengan menikmati kek2 yang dibawa oleh ibubapa...
Dalam masa yan sama berbagai aktiviti berjalan samada aktiviti luar dan aktiviti di dalam kelas...



Ibu dan adik-adik saya bergambar semasa hendak pergi ke Sommerfest.

Ibu-bapa, guru-guru dan pelajar yang hadir....



Kek yang dibuat oleh ibu...Untuk dibawa ke sekolah..

Wajah Afif yang telah dilukis & diwarnakan oleh Frau Senko (cikgu betreeung)


Inilah wajah saya selepas dilukis & diwarnakan gambar rama-rama...






Antara kek yang dihidangkan pada hari tersebut...




Salat...Berbagai-bagai jenis...


Antara makanan yang dihidangkan...BBQ salami (sausage)


Pelajar-pelajar yang hadir...Menyertai aktiviti memindahkan bola dengan straw...


Pokok-pokok bunga yang dijual...

Program ini berakhir pada 17.30 Uhr ( 5.30 petang). Saya berasa sangat gembira dan berharap dapat menyertai lagi program seperti ini tahun hadapan.

Monday, June 28, 2010

Rumah Baru Saya....Rama-rama cantik berseri...



Rumah Baru Saya.....




Hari ini 28 Jun 2010 (Isnin), ibu membuatkan blog untuk saya. Saya berasa sangat gembira dan akan cuba mengisi maklumat dan menghias blog (rumah baru) saya ini. Ibu mahu saya menulis selalu dan boleh menguasai bahasa dengan baik. Saya menyahut cabaran dan akan cuba melakukan yang terbaik.


Saya Azzatul Husna dan bersekolah di Grundschule Auf Dem Loh di Klasse 3 (Ogos 2010 nanti) di mana saya sekarang sedang bercuti di akhir sessi 2009-2010.




Rama-rama


Rama-rama merupakan salah satu haiwan yang saya suka. Ini kerana ia amat cantik dan berwarna-warni. Hari ini saya akan cuba mendapatkan serba-sedikit maklumat berkenaan dengan rama-rama. Saya juga akan mendapatkan gambar rama-rama dari internet. Selepas ini saya bercadang untuk mengambil gambar rama-rama di sekeliling rumah saya. Saya akan pergi ke playground di hadapan rumah, sekolah dan taman di Herrenhausen Garten utk mendapatkan gambar rama-rama. Saya akan menjalankan aktiviti ini bersama-sama ibu dan 3 orang adik kesayangan saya iaitu....Huda, Afif & Asila.....


Pengembaraan pertama kami utk Rumah Baruku....Rama-rama cantik berseri.....




Rama-rama berwarna oren, putih dan hitam...

Rama-rama bewarna merah, putih dan hitam...


Rama-rama bewarna merah, putih dan hitam...




Ulat bulu berwarna hijau dan cantik...

Rama-rama mengelilingi bunga...

Rama-rama bewarna putih dan ungu...


Rama-rama itu sedang mengisap madu...