Sepetang di Auf Dem Loh...
Pada petang 1 Julai 2010 (khamis) saya, ibu, Huda, Afif & Asila turun bermain di taman permainan di hadapan rumah. Setelah penat bermain, ibu mencadangkan supaya kami berjalan-jalan di sekitar bangunan tempat kami tinggal, ke sekolah dan ke hospital yang terletak lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari rumah kami.
Bermacam-macam bunga-bunga cantik yang kami jumpa. Tetapi tujuan kami untuk mencari rama-rama tidak berjaya pada hari ini. Tiada seekor pun rama-rama yang kami jumpa. Tetapi kami tidak peduli....Dapat berjalan-jalan dan bermain dah cukup menggembirakan...
Saya sedang membantu Asila untuk naik ke atas bukit...
Asila sedang berhati-hati untuk turun ke bawah...
Ibu kata macam buah senduduk kat M'sia je...Ye ke?
No comments:
Post a Comment